Setiap gerakan wanita ketika berjalan itu melambangkan keperibadiannya.Sifat itu adalah seperti berikut:
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Berikut ini adalah Tanda Wanita yang Baik
1. Kepala dan mulut bulat menyerupai bulan purnama, dahinya rata (tidak lebar).
2. Matanya sedikit lebar, panjangnya seimbang dan bersinar berkilau, tenang dan pandangannya tajam, jarang berkedip, tidak pernah melihat dengan mengerling.
3. Alisnya panjang agak lurus dan bulu alisnya rata
4. Hidungnya lurus agak mancung, garis di kiri dan kanan hidung terlihat terang
5. Mulut sedang, bibir lurus tertutup, gigi tidak terlihat dan warna gigi putih berkilat teratur rata menyerupai biji ketimun yang agak besar, dasar bibirnya merah delima
6. Daun telinga tebal dan bentuknya baik
7. Bentuk dagunya bagus dan daging di bawah dagu tebal
8. Pipinya rata: seperti durian yang terbelah
9. Jari tangan runcing bagai duri akan tetapi sedikit keras dan tebal kukunya, daging telapak tangan tebal lagi halus dan lemas, untuk yang ada garis tengahnya terlihat lebih halus jika terpegang halus seperti sutera
10. Bentuk telapak kaki baik, demikian juga jarinya serta tebal dan halusnya, jarinya keras dan kukunya tebal
11. Lebar dadanya, daging yang berada di belakang juga tebal
12. Tulangnya keras, kulit tubuhnya lemas dan halus
13. Perlahan bicaranya, tepat dan terang, sederhana, tidak suka menggunjingkan orang lain, suaranya halus dan terang
14. Jika tertawa tenang, badannya tidak bergerak
15. Kedua kakinya teratur lurus jika duduk, jika bersila (kaki dilipat kedepan) rapi diam dan tenang, badannya tidak bergerak demikian juga tangannya tidak dilambaikan
16.
Jika berjalan lurus serba teratur tidak tergesa-gesa, ayun tangannya pendek hingga badannya tidak bergerak, tidak sering berpaling pandangannya ke depan.